- Segala cadangan membina yang difikirkan dapat meningkatkan prestasi PCT dalam PERUBATAN.
- Usul anda berkemungkinan akan dibincangkan penerimaannya seterusnya akan digunapakai dalam perlembagaan PCT.
- Anda tidak dihadkan untuk menghantar sebanyak mana usul yang difikirkan relevan.
- tetapi hanya usul-usul yang mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang akan terpilih untuk dibahaskan.
- Pemilihan usul dilakukan oleh Penasihat-penasihat PCT 08/09.
- Usul-usul yang terpilih akan dibentangkan dalam MTC dan akan dibincangkan sesama ahli PCT.
- Syarat-syarat untuk usul anda diterima dan dipraktikkan dalam perlembagaan PCT sesi akan datang ialah mendapat sokongan lebih daripada sebahagian ahli mesyuarat MTC 2009.
- Nama Penuh
- Tahun Pengajian
- Usul
- Hujah Usul
AWAS !!! Hanya ahli matang PCT sahaja yang boleh mengemukakan usul. Hantar melalui emel ke alamat emel seperti yang tertera di atas.
Contoh Usul yang Dibentangkan dalam MTC PCT 2008 :-
Pencadang : Mohammad Faqih bin Mohammad Puzi.
Usul : Mengadakan satu elaun tetap khas kepada Pengerusi PCT dalam bentuk telefon bimbit khas dan kredit telefon untuk urusan persatuan.
Hujah Usul : Kerana penggunaan kredit untuk urusan persatuan boleh mencapai sehingga L.E 100 sehari. Walaupun mendapat tajaan kerajaan namun tidak mampu untuk menampung perbelanjaan yang begitu banyak dalam waktu yang singkat.
Keputusan : SOKONG dengan undi majoriti.

No comments:
Post a Comment