Wednesday, November 18, 2009

Antara PCT dan Palestin



Assalamualaikum kepada semua ahli Perubatan Cawangan Tanta. Dipanjatkan segala kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menggunakan sepasang paru-paru sebagai organ untuk menyedut oxygen-Nya dan menghembus carbon dioxide-Nya tanpa sebarang kompilasi samada melibatkan respiratory pathways mahupun central respiration, ataupun mengalami pneumonia atau ARDS dan sebagainya, alhamdulillah.  


Bermula bulan ini, fenomena baru telah melanda seluruh ahli PCT samada dari peringkat Tahun 5 hinggalah ke pendatang baru iaitu Tahun1. Simptom demam pilihanraya, selsema pilihanraya dan pecah bibir pilihanraya semakin hari semakin berkembang. Fenomena epidemik ini melibatkan kerjasama semua peringkat bagi memilih pemimpin baru untuk menerajui persatuan bagi memimpin pelajar ke arah yang tersusun melalui jalan yang diredhai Allah S.W.T, insya Allah.


Namun apa yang ingin diketengahkan di sini ialah, di samping kita menyibukkan diri dengan berkempen, melobi dan sebagainya untuk hari pencalonan esok (13/11/09) dan hari pengundian seminggu lagi (20/11/09), marilah kita sama-sama mengambil  sedikit waktu untuk berkempen dan melobi Palestin supaya dibebaskan. Tidakkah kita terfikir bagaimana keadaan rakyat Palestin yang merupakan saudara kita juga berkempen dan melobi untuk dibebaskan dari anasir Zionis dan sekutunya? Tidakkah kita terfikir bagaimana seksanya mereka kehilangan ibu, bapa dan anak-anak demi kebebasan?



  


Rasulullah SAW menyuruh umatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan membela saudara muslimnya dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah SWT akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.”  (Hadis riwayat Imam Abu Daud).


Justeru, di samping berkempen untuk pemilihan AJK PCT 09/10, marilah kita sama-sama berkempen membela saudara muslim kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Ayuh tingkatkan iman kita dengan berdoa dan solat hajat lebih-lebih lagi di malam Jumaat yang diberkati ini supaya Palestin dibebaskan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).





Terdetik ketakutan atas kelalaian kita, memandangkan Palestin adalah tanah air kita juga kerana Rasulullah SAW sudah memberi amaran dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dan menjadi kewajipan umat Islam untuk menyokong Palestin dengan harta, jiwa, ilmu dan kepakaran yang diperlukan bagi sebuah negara Islam merdeka. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15).





Mahukah kita menjadi seperti Palestin, dizalimi dan dibatilkan hak setiap hari? Sudah tentu tidak. Maka seharapnya, dengan pilihanraya pemilihan AJK PCT 09/10 yang semakin hampir, kami menyeru kepada semua ahli PCT  untuk menamakan calon-calon yang membawa kepada kebangkitan Islam. Walaupun mungkin antara kita masih ada yang  samar mengenai apa relevannya pilihanraya PCT dengan Palestin, namun percayalah Islam itu bermula dari organisasi yang kecil. Yakinlah sekiranya kita ikhlas dalam mencalon dan mengundi mereka yang selayaknya, pasti adanya ganjaran di sisi Allah S.W.T. Undi anda penentu masa depan kita. Permudahkan dan jangan menyukarkan, bersepakat dan jangan berpecah-belah.  







Dan, kami tujukan lagu ini untuk semua ahli PCT, semoga hati-hati keras kita dilembutkan dengan panggilan sayu ini.





Penulis : Muhammad Najib bin Sukery (AJK Dokumentasi & Publisiti MTC 09/10)
Penasihat : Mohammad Faqih bin Mohammad Puzi (Penasihat PCT 08/09)
Sumber : http://arefif86.wordpress.com

Penyerahan Usul


Apa itu USUL..???..

  • Segala cadangan membina yang difikirkan dapat meningkatkan prestasi PCT dalam PERUBATAN.
  • Usul anda berkemungkinan akan dibincangkan penerimaannya seterusnya akan digunapakai dalam perlembagaan PCT.
  • Anda tidak dihadkan untuk menghantar sebanyak mana usul yang difikirkan relevan.
  • tetapi hanya usul-usul yang mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang akan terpilih untuk dibahaskan.
  • Pemilihan usul dilakukan oleh Penasihat-penasihat PCT 08/09.
  • Usul-usul yang terpilih akan dibentangkan dalam MTC dan akan dibincangkan sesama ahli PCT.
  • Syarat-syarat untuk usul anda diterima dan dipraktikkan dalam perlembagaan PCT sesi akan datang ialah mendapat sokongan lebih daripada sebahagian ahli mesyuarat MTC 2009.
Penulis usul mestilah menyatakan :-
  1. Nama Penuh
  2. Tahun Pengajian
  3. Usul
  4. Hujah Usul


AWAS !!! Hanya ahli matang PCT sahaja yang boleh mengemukakan usul. Hantar melalui emel ke alamat emel seperti yang tertera di atas.



Contoh Usul yang Dibentangkan dalam MTC PCT 2008 :-

Pencadang : Mohammad Faqih bin Mohammad Puzi.

Usul : Mengadakan satu elaun tetap khas kepada Pengerusi PCT dalam bentuk telefon bimbit khas dan kredit telefon untuk urusan persatuan.


Hujah Usul : Kerana penggunaan kredit untuk urusan persatuan boleh mencapai sehingga L.E 100 sehari. Walaupun mendapat tajaan kerajaan namun tidak mampu untuk menampung perbelanjaan yang begitu banyak dalam waktu yang singkat. 

Keputusan : SOKONG dengan undi majoriti.

JAWATAN: ANTARA REBUTAN DI DUNIA DAN BEBANAN DI AKHIRAT






          Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan « Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya’.

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar
tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

 Rasulullah S.A.W juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya
‘ jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’.

Alhamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam persatuan kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut. Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh ulama ,
menerima jawatan adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam. Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada persatuan, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam persatuan. Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pemilihan ajk.


 Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W antara lain
Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri ( enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar. ( Nauzubillah).
Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara
takut dan harap. Takut Rasulullah S.A.W murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.

Oleh itu menjadi tanggungjawab semua ahli meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan persatuan di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan persatuan kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh ahli maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’. Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi
soal wala’ akan berpanjangan sehingga tamat sesi ini.
Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan persatuan, ingatlah akan doa saidina Umar alKhattab
“ Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.

Siruu a3la barakatillah





Kelebihan 10 hari zulhijjah terawal

Samada sedar atau tidak…dalam kesibukan kita menjalani rutin kehidupan…kita sekarang telah pun berada dalam bulan yang terakhir bagi tahun 1430 hijriah. Ini bermakna sekali lagi pada tahun ini kita diberi peluang untuk mengutip kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan ini…

Diantara kelebihan2 10 hari ini adalah seperti berikut:-

1. sabda Nabi s.a.w “ tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan dzulhijjah “ para sahabat bertanya adakah jihad fisabilillah ( didalam hari yang selain sepuluh terawal dzulhijah ) tidak boleh menandingi amalan ( selain daripada jihad ) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut.” Nabi bersabda” jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”(Hr Bukhari)

Ini menunjukkan ape2 amalan yg bukan jihad didalam 10ZH terawal lebih baik dari berjihad di mase2 yg lain melainkan jihad yg disebut oleh Nabi diatas.

2. Disunatkan memperbanyakkan zikir pd sepuluh hari tersebut. Firman Allah s.w.t:

"Dan mereka menyebut nama Allah pada hari yg tertentu" (28: al-Hajj)
Hari2 tertentu adalah sepuluh zul hijjah yg terawal menurut kebanyakan para ulama.

Dalam hadis telah menyebut:

"Tidak ade hari2 yg lebih hebat disisi Allah dan tidak ada amalan yg lebih disuka dilakukan pada masa tersebut melainkan 10 hari terawal zulhijjah . Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid."(HR Ahmad)

Ulama telah berkata:
Himpunan sepuluh terawal zulhijjah ini lebih baik baik daripada sepuluh terakhir ramadan sekalipun terdapat semalam dlm bulan ramadan (lailatul qadar) yg tidak dapat ditandingi oleh malam2 lain.

3. Diantara kelebihan semalam ini adalah Allah telah bersumpah dgn malam2 ini:

Firman Allah s.w.t: "Dan demi waktu fajar. dan demi malam2 yg sepuluh"(Al-Fajr: 10)

Nabi bersabda: "Sepuluh malam (dlm awal surah al-Fajr) adalah 10 hari terawal zulhijjah, ganjil adalah hari arafah dan genap adalah 4 hari yg disunatkan dilakukan ibadah korban (10-13zulhijjah)."(Hr Ahmad dan Nasaie)

Ulama telah berkata 10 malam ini adalah malam2 10 zulhijjah yg terawal.

4. Diantara kelebihan 10 hari ini adalah penutup bagi bulan2 tertentu dalam firman Allah:

Firman Allah: "Ibadah haji adalah dilakukan pada bulan2 tertentu"(Al-Baqarah: 197)

5. 10 hari ini adalah hari2 tertentu yg disebut al-Quran; dimana disyariatkan supaya kita menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur terhadap binatang2 yg telah Allah mempermudahkan sebagai makanan bagi manusia.

Firman Allah s.w.t:
"Dan serulah hai Ibrahim kepada hamba2ku supaya mereka menunaikan haji. Org2 yg pergi haji akan datang kepadamu dgn berjalan kaki dan menunggang unta yg kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk tempat yg jauh, supaya mereka mendapat manfaat bg mereka. Dan mereka menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang pd hari2 yg tertentu sebagai tanda bersyukur terhadap binatang2 yg telah Allah berikan kepada mereka. Maka makanlah sebahagian daging binatang korban dan berilah kepada org yg susah lagi faqir. (27 dan 28: al-Hajj)

Kesimpulan: Marilah kita hidupkan 10 hari ini dgn amalan yg mulia sperti berzikir, puasa, solat malam dan sebagainya. Yg lebih penting kita melakukan kefarduan dgn smpurna dan meninggalkan kemaksiatan yg menyebabkan kita jauh dgn tuhan.

Rujukan: Tafsir al-Wadih oleh Sobuni dan latoiful maarif oleh Ibnu rajab.



Sumber : Ustaz Salman Maskuri http://akhisalman.blogspot.com/2007/12/kelebihan-10-hari-zulhijjah-terawal.html 

SOLAT HAJAT PERDANA PCT

Assalamualaikum kepada semua ahli PCT
Insya Allah, Unit Pembangunan Insan akn mengadakan :

SOLAT HAJAT PERDANA PCT



Tarikh : 19 November 2009

Penglibatan : Semua ahli PCT


IKHWAH : Tempat - Bait Izzah
Masa - Selepas Maghrib

*disarankan solat Maghrib di Bait Izzah


AKHOWAT :

Tempat :
1) Imarah Medic Mesir – Semua pelajar Tahun 1
2) Masjid AnNur Tanta – Semua pelajar Tahun 2
3) Darul Hannah - Semua pelajar Tahun 3 & 4

Masa: program bermula SELEPAS SOLAT ISYA'

7.00 pm : solat hajat & munajat
7.30 pm : bacaan yasin & al-mulk
8.00 pm : tazkirah ringkas & muhasabah
8.30 pm : bersurai

ps:

1)Sebarang perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa
2)Sebarang kemusykilan sile rujuk kak najibah omar
3)Mas'ulah berkenaan musrif
-Kafr Esom :Ainun Mardhiah
-Maarad =
a)ke imarah medic mesir :Najibah Omar
b)ke Masjid Annur :Shara Aliya
c)ke Darul Hannah :Wan Nor Ain Alyaa